Monday, May 21, 2012

.: Kisah anak2 ku.. :.

Salam blogger,

dah sangat lama tak menjenguk blog ku nie, bukan apa, x berkesempatan, kat opis, kerja x habis2 kan..kat umah plak, dh kepenatan, cam biase rutin ngan suami dan anak2.

Adam 2 bulan lagi cukup 4 tahun; Rayyan plak 1 bulan lagi 1 tahun..cepat betul mase berlalu. Dah semakin membesar anak-anak, makin banyak ragam, makin mencabar untuk bagaimana nak mendidik anak2 ku ini.

Ada kala hati ni menangis juga, terlalu awal kah aku ni? atau mungkin aku menaruh harapan tinggi pada kedua anak2ku ini.

Adam - Dah memulakan persekolah pranya di Genius Aulad, BB Bangi. Untuk 5 bulan pertama, nampak perkembangan yang ku kira agak memberangsangkan jika ku bandingkan dengan diriku mase kecik2...heheh..yer la..dok jauh kat ceruk kg, kenal sekolah pun mase umur 7 tahun. Tak pernah ditinggalkan cam Adam & Rayyan sebab mak abah kerja kampung.

Sedih sebab tinggalkan anak2 12 jam setiap hari bekerja, sekarang ku cuba adjust jam 600 ptg, balik. Aku nampak gelagat adam yang bile balik, dia buat perangai, nakkan perhatian. Mg hari2 ku akan periksa beg sekolah adam, tgk 'message book' yang GA bekalkan. Dari situ, aku nampak perkembangan, aktiviti setiap hari belajar dan pelbagai lagi yang berkaitan.

Aku cuba dan tak nak bandingkan anakku ngan anak orang. Bagi ku, mmg bersyukur, sekurang2nya, dia tahu ABC, Alif BA Ta, 123..utk umur 4 tahun. MMg kekadang ada gak, tgk anak org dh banyak buku bertukar, dia kat situ gak, risau mmg ada sebagai ibu dan manusia biasa.

Aku cuba banyakkan berdoa, munasabah diri, tukar cara pembelajaran dan pendekatan, utk didik adam belajar. Skrang dah mengikut IslamicParenting.Com dan dari situ aku dah mula membuat perancangan awal utk anak2 ku. Insya, aku usahakan apa yang daya, Hanya DIA yang dapat menentukan.

ok..nanti sambung yer..kisah rayyan plak..

No comments: